Home Automotive ‘Penyelewengan prosedur’ Daihatsu – UMW Toyota keluarkan kenyataan rasmi; ia kini sedang diselesaikan

‘Penyelewengan prosedur’ Daihatsu – UMW Toyota keluarkan kenyataan rasmi; ia kini sedang diselesaikan

0
‘Penyelewengan prosedur’ Daihatsu – UMW Toyota keluarkan kenyataan rasmi; ia kini sedang diselesaikan

[ad_1]

‘Penyelewengan prosedur’ Daihatsu – UMW Toyota keluarkan kenyataan rasmi; ia kini sedang diselesaikan

20 Disember lalu Daihatsu telah pun membuat kenyataan tergempar dengan mengumumkan penghentian penghantaran kereta baharu kepada pelanggan untuk mannequin yang diproduksi di Jepun dan juga pasaran luar. Ini adalah susulan pembuat kereta itu menyerahkan laporan oleh panel bebas kepada kementerian tanah, infrastruktur, pengangkutan dan pelancongan (MLIT) Jepun serta kementerian ekonomi, perdagangan dan industri (METI).

Seperti yang telah dilaporkan tempoh hari, panel bebas berkenaan telah menyiasat skandal berhubung penipuan ujian keselamatan oleh Daihatsu, yang didedahkan pada April tahun ini. Ketika itu, Daihatsu mengakui “perbuatan salah” yang dilakukan khususnya ujian keselamatan kemalangan yang dibuat untuk permohonan kelulusan peraturan untuk empat mannequin. Lebih 88,000 unit terjejas, dengan titik fokus ialah kemasan pintu yang tidak memenuhi piawaian keselamatan dalam ujian impak pelanggaran sisi.

Dalam kenyataan akhbar rasmi (diterjemahkan daripada bahasa Jepun), syarikat itu berkata, “hasil daripada penyiasatan, sebagai tambahan kepada penipuan kemasan pintu pada bulan April dan penipuan ujian perlanggaran sisi tiang pada bulan Mei, didapati terdapat 174 penyelewengan dalam 25 merchandise ujian.”

‘Penyelewengan prosedur’ Daihatsu – UMW Toyota keluarkan kenyataan rasmi; ia kini sedang diselesaikan

Syarikat itu mengesahkan bahawa 64 mannequin dan tiga enjin terjejas, termasuk yang sedang dalam produksi atau pembangunan serta yang telah dihentikan. Rangkaian mannequin yang terjejas meliputi yang dijual di bawah jenama Daihatsu dan yang dibekalkan secara OEM kepada Toyota, Mazda dan Subaru.

Selain itu beberapa mannequin Perodua juga telah disenaraikan dalam kenyataan terbaharu ini, iaitu Axia generasi pertama, Axia generasi kedua, Aruz, Alza generasi kedua, Ativa, Myvi dan Bezza. Manakala mannequin Toyota yang disenaraikan berkaitan dengan pasaran Malaysia ialah Rush, Yaris, Vios dan Veloz.

Pada hari yang sama, Perodua turut mengeluarkan kenyataan berhubung perkara yang sama dan boleh anda baca pada PAUTAN INI. Dan hari ini, UMW Toyota juga sudahpun mengeluarkan kenyataan rasminya berkenaan isu yang sama, dan ia boleh anda baca seperti berikut.

Menyusul perkembangan terkini mengenai ujian keselamatan di Daihatsu Motor Co Ltd (DMC), anak syarikat Toyota, Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menjamin pelanggan dan orang ramai bahawa ia komited untuk meneruskan pengurusan dengan telus dan penuh akauntabiliti.

lni berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Toyota Motor Company (TMC) yang melaporkan ketidaksempurnaan prosedur dalam ujian yang di laksanakan oleh DMC, yang memberi kesan kepada tiga mannequin Toyota yang diedarkan oleh UMWT di Malaysia.

Presiden UMW Toyota Motor,Datuk Ravindran Okay. berkata, “Kami ingin menekankan komitmen kami dalam mengekalkan piawaian dan kualiti tertinggi dalam kenderaan kami. Jangan bimbang, kami sedang berusaha untuk memastikan kesemua kenderaan kami di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan.”

UMWT bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawalselia untuk menangani isu ini secara segera dan telus, dengan komitmen untuk menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada pasaran Malaysia.

Beliau meneruskan,”Kami faham betapa pentingnya kepercayaan pelanggan,dan kami berazam untuk memperkukuhkan keyakinan mereka terhadap kami. Komitmen kami terhadap kepuasan pelanggan sentiasa menjadifokus utama kami.”

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here