Home Automotive FMCCAM mohon okay’jaan kecualikan kenaikan cukai perkhidmatan untuk bengkel, elak kos servis naik

FMCCAM mohon okay’jaan kecualikan kenaikan cukai perkhidmatan untuk bengkel, elak kos servis naik

0
FMCCAM mohon okay’jaan kecualikan kenaikan cukai perkhidmatan untuk bengkel, elak kos servis naik

[ad_1]

FMCCAM mohon k’jaan kecualikan kenaikan cukai perkhidmatan untuk bengkel, elak kos servis naik

Ketika membentangkan Belanjawan 2024 perdana menteri Malaysia merangkap menteri kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut kerajaan bakal menaikkan cukai perkhidmatan yang kini berada pada kadar 6% kepada 8% di mana ianya akan bermula pada 1 Mac 2024.

Dengan kenaikan ini sudah tentu antara perkhidmatan yang tentunya menyaksikan kenaikan harga adalah bengkel-bengkel kereta, di mana kos upah bagi pembaikkan turut akan dikenakan cukai sebanyak 8% itu berbanding hanya 6% buat masa sekarang.

Melihat kenaikan ini bakal menambah beban kepada sebahagian pengusaha bengkel dan pengguna, Persekutuan Persatuan-persatuan Syarikat Motor Dan Kredit Malaysia (FMCCAM) meminta kerajaan mempertimbangkan agar kenaikan cukai sebanyak 2% itu dikecualikan untuk bengkel-bengkel kecil dan juga pemilik-pemilik kenderaan terpakai.

Menurut Presiden FMCCAM Datuk Tony Khor dalam laporan The Star, kenaikan kadar cukai perkhidmatan tersebut mungkin tidak menjejaskan harga kenderaan secara terus, tetapi ia sudah tentu menjejaskan kos penjagaan kereta.

FMCCAM mohon k’jaan kecualikan kenaikan cukai perkhidmatan untuk bengkel, elak kos servis naik

“Saya rasa kadar cukai baharu itu akan terpakai kepada bengkel kereta juga, walaupun kerajaan belum mengesahkannya.

“Saya difahamkan bahawa perbelanjaan penyelenggaraan kereta mungkin meningkat tetapi sebagai pemilik, kita juga perlu memastikan keselamatan dan keadaan kenderaan di atas jalan raya,” katanya dan menambah walaupun kenaikan itu kecil, ia mungkin ketara kepada pemilik kereta terpakai dengan bajet terhad.

Jabatan Kastam sebelum ini sudahpun mengesahkan bahawa kenaikan ini akan mula dilaksanakan pada 1 Mac 2024 di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018, dengan pengecualian diberikan paa sektor makanan dan minuman, telekomunikasi, penyediaan tempat letak kereta dan perkhidmatan logistik.

Laporan akhbar ini menyebut berdasarkan Jadual Kedua Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975, perkhidmatan kenderaan bermotor berada di bawah Kumpulan G perkhidmatan bercukai pada kadar 6%.

FMCCAM mohon k’jaan kecualikan kenaikan cukai perkhidmatan untuk bengkel, elak kos servis naik

Pakar cukai Datuk Koong Lin Loong pula berkata walaupun harga kereta tidak mungkin terjejas, pemilik perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk penyelenggaraan.

“Harga kereta hanya akan terjejas oleh cukai jualan, duti import, duti eksais dan allow yang diluluskan. Bagaimanapun, perkhidmatan berkaitan kereta seperti pembaikan dan penyelenggaraan akan melibatkan caj buruh dan cukai tambahan 2%,” katanya.

“Jualan kereta tidak mungkin terjejas kerana pembaikan dan penyelenggaraan hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan kos. Lebih-lebih lagi, sesetengah jenama menyediakan perkhidmatan percuma sepenuhnya semasa tempoh jaminan,” tambahnya lagi.

Walau bagaimanapun laporan The Star ini menyebut beberapa pemain industri automotif berkata mereka masih menunggu Jabatan Kastam untuk mengeluarkan panduan komprehensif untuk kadar cukai baharu ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here