Home Automotive Maxus T90 EV mula digunakan oleh Tenaga Nasional – pelancaran untuk pasaran dijangka tidak lama lagi

Maxus T90 EV mula digunakan oleh Tenaga Nasional – pelancaran untuk pasaran dijangka tidak lama lagi

0
Maxus T90 EV mula digunakan oleh Tenaga Nasional – pelancaran untuk pasaran dijangka tidak lama lagi

[ad_1]

Maxus T90 EV mula digunakan oleh Tenaga Nasional – pelancaran untuk pasaran dijangka tidak lama lagi

Trak pikap elektrik, Maxus T90 yang sebelum ini pernah dipertontonkan sekali dengan pelancaran Maxus MIFA 9 kini sudah mula berada di atas jalan Malaysia. Bagaimanapun, ia belum lagi dijual kepada awam, tetapi digunakan oleh Tenaga Nasional sebagai sebahagian daripada projek perintis awal.

Jumlah kesebenar T90 yang digunakan oleh Tenaga Nasional tidak diketahui tetapi melihat kepada gambar, sekurang-kurangnya ada 25 unit yang sudah lengkap dengan grafik khas syarikat utiliti elektrik tersebut.

Untuk pasaran awam, sebelum ini pernah didedahkan bahawa pelancaran trak pikap elektrik ini akan dibuat pada hujung tahun 2023, ataupun suku pertama 2024. Ini membawa makna, ia akan berlaku tidak lama lagi.

Maxus T90 EV mula digunakan oleh Tenaga Nasional – pelancaran untuk pasaran dijangka tidak lama lagi

Harga juga masih tidak diketahui, tetapi jangkaan awal menyatakan ia akan berada dalam sekitar RM220k ke RM260k. Untuk varian pula, setakat yang kami tahu, hanya satu akan ditawarkan di negara kita, dengan spesifikasi hampir seperti yang dipasarkan di Australia (dikenali sebagai LDV eT60) dan United Kingdom.

Melihat kepada rekaan, T90 EV ini sama sahaja seperti T90 dengan enjin diesel, tetapi penggeraknya ditukar kepada motor elektrik terletak di belakang, dengan kuasa 174 hp (177 PS, atau 130 kW) dan tork 310 Nm. Bateri lithium iron phosphate (LFP) dengan kapasiti 88.55 kWh pada trak ini mampu memberikan jarak gerak sehingga 330 km (WLTP).

Untuk pengecasan, trak pikap tersebut boleh menerima enter AC sehingga 11 kW, dengan kadar bateri naik 5-100% dalam masa sembilan jam (three-phase) atau 13 jam (single-phase). Menggunakan pengecas pantas DC 80 kW pula akan menaikkan tahap bateri dari 20 ke 80% dalam masa cuma 45 minit.

Maxus T90 EV mula digunakan oleh Tenaga Nasional – pelancaran untuk pasaran dijangka tidak lama lagi

Kelengkapan di bahagian luar yang ada pada trak pikap ini adalah termasuk lampu hadapan halogen, lampu belakang LED, lampu kabus belakang dan rim 17 inci, manakala di dalam pula terdapat sistem infotainmen dengan skrin sesentuh 10.25 inci, skrin informasi tambahan di antara meter digital di panel instrumen serta pemilih gear jenis tombol.

Turut diberi adalah tempat duduk dibalut kulit tiruan, pengawal pendingin hawa handbook, brek tangan biasa, pemilih mod pemanduan (Energy dan Eco) serta soket AC tiga pin 220-volt/150-watt. Berkenaan sistem keselamatan dan bantuan pemandu, T90 EV datang dengan kamera undur, enam beg udara, pengesan jarak belakang, ESP, kawalan cengkaman, pengawal dinamik kenderaan, Digital Brake Help, Hill Descent Management dan Hill Begin Help. Spesifikasi penuhnya akan diketahui sewaktu pelancaran nanti.

GALERI: Maxus T90 EV yang dipertonton di Malaysia

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here