[ad_1]
KTM telah memperkenalkan 990 Duke, yang mereka panggil sebagai motosikal bare kelas pertengahan paling ringan, tepat dan berprestasi, yang pernah menggunakan nama Duke. Mereka yang mencari tunggangan agresif dan lincah, inilah dia motosikalnya.
Mannequin ini menggunakan banyak bahagian baru, bermula dari kerangka, yang terdiri daripada binaan besi di hadapan dan alumninium tempa untuk bahagian belakang. Kemudiannya, ia disambung kepada lengan ayun aluminium yang dikatakan mempunyai kadar lentur sempurna untuk berhadapan dengan tunggangan mencabar.
Seperti biasa bagi sebuah Duke, mannequin 990 ini menggunakan rekaan tajam, yang sudah tentunya adalah baru, tetapi masih mengekalkan rupa agresifnya. Menjadi perhatian adalah unit baru lampu hadapannya, yang mempunyai DRL dengan keterangan boleh laras secara sendiri di bahagian tepi, dan lampu utama LED di bahagian tengah.
Penggerak 990 Duke ini adalah enjin LC8c dua silinder selari 947 cc sama seperti 890 Duke R, tetapi ia telah menerima banyak peningkatan termasuk pada piston, crankshaft dan conrod baru bagi meningkatkan kuasa menjadi 123 hp dan tork 103 Nm. Melengkapkan naik taraf ini adalah profail camshaft lebih agresif, radiator lebih lebar serta sistem ekzos serba baru. Transmisi adalah unit enam kelajuan.
Bagi memastikan penunggang dapat menikmati kuasa ini dengan motosikal yang mudah dikendalikan, suspensinya dipasang dengan fork WP Apex 43 mm dengan pelarasan mampatan dan pra beban di hadapan dan monoshock WP Apex Monotube dengan pelarasan lantunan dan pra beban di belakang, manakala brek pula terdiri daripada set cakera 300 mm dan angkup empat piston berkembar di hadapan dan cakera 240 mm dengan angkup dua piston di belakang.
Di hadapan penunggang terdapat panel skrin TFT lima inci berwarna untuk memaparkan segala informasi penting, dan ia juga boleh disambungkan kepada aplikasi KTMConnect di telefon pintar (pilihan tambahan). Turut diberi adalah soket pengecas USB-C.
Pada bahagian elektronik, 990 Duke menyediakan tiga mod tunggangan dalam keadaan commonplace (Avenue, Sport dan Rain), tetapi boleh ditambah dengan dua lagi mod iaitu Efficiency dan Monitor yang memberikan pelarasan sendiri kuasa, kawalan cengkaman, angkatan tayar hadapan dan maklum balas kuasa kepada penunggang.
Selain daripada itu, 990 Duke turut dilengkapi dengan Launch Management serta ABS dengan mod Supermoto. Rim menggunakan unit 17 inci dengan tayar 120/70 di hadapan dan 180/55 di belakang. Berat keseluruhan 990 Duke adalah 179 kg (tanpa minyak) dan ia datang dengan tangki bahan api 14.8 liter.
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.
[ad_2]