[ad_1]
Mulai 28 Februari lalu, pengedar jenama MG di Malaysia, SAIC Motor Malaysia telah mula membuka tempahan bagi barisan mannequin MG4 EV dan MG ZS EV. Untuk barisan mannequin MG4, ia ditampilkan dengan empat varian iaitu Commonplace dengan harga jangkaan bermula RM104,000 tanpa insurans, Lux berharga RM129,000, RM149,000 untuk Lux Prolonged dan mannequin spesifikasi padu XPower pula berharga RM159,000. Walau bagaimana pun, SAIC Motor Malaysia masih belum mendedahkan bilakah EV ini bakal dilancarkan di sini dan juga harga rasminya.
Foto yang anda lihat di sini ialah varian MG4 yang paling padu iaitu X-Energy. Tidak seperti tiga varian di bawahnya yang dipacukan sistem roda belakang (RWD), X-Energy pula merupakan jentera pacuan semua-roda (AWD). Ia diberikan padanan dwi-motor, sekaligus memberikannya ledakan kuasa cecah 435 PS dan tork 600 Nm.
Untuk kuasanya, ia dijanakan oleh bateri lithium iron phosphate berkapasiti 64 kWh dan memberikannya jarak gerak hingga 384 km. X-Energy turut diberikan empat mod brek regeneratif dan Dynamic Cornering Management System yang disepadukan dengan locking digital differential dan kawalan motor pintar untuk memudahkan penvektoran tork bagi kesemua empat rodanya.
Seperti varian MG4 yang lain, X-Energy turut menerima ciri Amplify i-Sensible yang dipadankan dengan transmisi automatik kelajuan-tunggal dan diberikan lima mod pemanduan (Eco, Regular, Sport, Snow, Customized).
Selain itu, ia turut dilengkapi port Kind 2 dan CCS2, dengan menggunakan pengecas AC 7 kW, ia mengambil masa sekitar 8.5 jam untuk pengecasan penuh. Manakala jika menggunakan pengecas pantas DC 150 kW, tahap pengecasan 10% hingga 80% boleh dicapai dalam 26 minit sahaja.
Hatchback EV ini memiliki ukuran dimensi 4,287 mm panjang, 1,836 mm lebar, 1,504 mm tinggi dan jarak rodanya 2,705 mm serta memiliki floor clearance cecah 117 mm. Bagi ruang penyimpanan barang di belakang, ia berkapasiti 363 liter dan boleh mencecah 1,177 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan.
Dengan gaya ala crossover, ia menerima sentuhan rekaan penuh bergaya dan impresif. Gayanya cukup terserlah terutamanya pada garisan dan lekuk pada badannya yang menampakkan sifat yang lebih garang, sporty dan agresif.
Ciri kelengkapan luaran X-Energy termasuklah lampu utama projektor LED dengan teknologi reflektif, palang pencahayaan sentral dengan paten di belakang, Twin Aero Spoiler, cermin sisi boleh lipat, roda aloi 18-inci bersama kaliper jingga dan bumbung hitam.
Di dalamnya, sentuhan agak ringkas bagi sebuah EV, tanpa elemen futuristik. Ciri kelengkapan commonplace untuk semua varian terdiri daripada kokpit maya tujuh-inci, paparan ‘terapung’ 10.25-inci, kawalan suhu automatik, roda stereng balutan kulit dan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Selain itu, X-Energy juga diberikan enam-pembesar suara dengan efek 3D, pengecas telefon tanpa wayar, tempat duduk hadapan dengan larasan kuasa enam-cara, Cellular Telephone BT Key, cermin pandang belakang auto-kelam, dan upholstery kulit Alcantara dengan rona hitam, metallic sport pedal dan Launch Management.
Kesemua barisan MG4 turut menerima ciri MG iSMART di mana enjin dan pendingin hawa boleh dihidupkan menerusi peranti telefon pintar pemiliknya. Selain itu, aplikasi ini juga mencatatkan sistem navigasi onboard, informasi kenderaan dalam masa sebenar seperti kondisi bateri, tahap bateri dan kondisi brek serta mengesan sekiranya ada pergerakan luar biasa kenderaan iaitu aplikasi ini boleh memaklumkan penggunaan kereta yang disyaki kecurian dengan serta-merta.
Bagi aspek keselamatan dan bantuan pemandu, ia dilengkapi dengan MG Pilot yang merangkumi Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), AEB dengan pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal, Kawalan Kelajuan Adaptif (ACC), Bantuan Kesesakan Trafik (TJA), Amaran Ketibaan Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Bantuan Lampu Tinggi Pintar secara commonplace untuk semua varian.
X-Energy juga menerima ciri keselamatan tambahan iaitu Pengesan Titik Buta (BSD), Bantuan Tukar Lorong (LCA), Kepekaan Trafik Lintasan Belakang (RCTA), Amaran Membuka Pintu (DOW), dan kamera 360-darjah.
Seperti varian yang lain, X-Energy juga diberikan enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Program Kestabilan Elektronik (ESP), Bantuan Mula Mendaki (HSA), sistem pemantauan tekanan tayar serta pengingatan tali pinggang keledar hadapan dan belakang.
Untuk warna luarannya, varian X-Powwr menerima warna eksklusif iaitu Matte Inexperienced, selain tujuh pilihan rona seperti varian lain iaitu Holburn Blue, Camden Gray, Monument Silver, Black Pearl, Artic White, Dynamic Pink, Volcano Orange . Setiap pembelian MG4 didatangkan dengan waranti kenderaan tujuh-tahun/150,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu) dan waranti bateri selama lapan-tahun/180,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.
[ad_2]