Home Automotive Toyota FT-Se Idea beri bayangan kereta sports activities elektrik, FT-3e SUV EV generasi masa hadapan

Toyota FT-Se Idea beri bayangan kereta sports activities elektrik, FT-3e SUV EV generasi masa hadapan

0
Toyota FT-Se Idea beri bayangan kereta sports activities elektrik, FT-3e SUV EV generasi masa hadapan

[ad_1]

Toyota FT-Se Concept beri bayangan kereta sports elektrik, FT-3e SUV EV generasi masa hadapan

Toyota mahu manyatakan bahawa peralihan kepada kenderaan elektrik (EV) tidak membawa makna ia adalah pengakhiran kepada kereta sports activities, dan dua kenderaan konsep akan dibawa ke Japan Mobility Present minggu depan sebagai bukti.

Salah satu daripadanya adalah FT-Se, yang mana beberapa gambar teaser telah dikeluarkan, menunjukkan bahagian belakangnya yang lebar, tegap dan melibatkan garis-garis badan yang rumit. Menurut Toyota, kereta sports activities elektrik ini dibuat rendah dan lebar, dengan bentuk badan yang licin dan aerodinamik.

Di bahagian dalam, kereta tersebut mendapat kokpit canggih, yang dikatakan dapat menawarkan kawalan yang intuitif serta pengalaman memandu yang lebih mengasyikkan. Tumpuan utama adalah pada profail panel instrumen rendah yang dapat menyediakan pandangan hadapan lebih tinggi untuk pemandu serta pelapik lutut rekaan baru yang dapat menjadi alas apabila memandu dengan bersemangat.

Toyota FT-Se Concept beri bayangan kereta sports elektrik, FT-3e SUV EV generasi masa hadapan

Ciri teknikal masih belum didedah tetapi Toyota memberitahu FT-Se akan menerapkan kemampuan teknikal yang dipelajari daripada Toyota Gazoo Racing, dan sebagai tanda, lencana cabang sukan permotoran itu dilekatkan pada spoiler belakang kereta sports activities konsep tersebut.

Satu lagi kereta konsep yang akan dibawa oleh Toyota ke pameran di Tokyo itu adalah FT-3e, sebuah SUV elektrik yang akan berkongsi banyak komponen (termasuk platform) dengan FT-Se. Dipanggil sebagai mannequin generasi seterusnya, kenderaan elektrik bateri (BEV) ini nampak mempunyai saiz hampir seperti bZ4X dan berpotensi menjadi penggantinya di masa hadapan.

Menurut Toyota, bahagian luar FT-3e menggabungkan kedua-dua penggayaan serta estetik masa hadapan, sambil pada masa sama mengekalkan garis badan seringkas yang boleh. Ia juga akan dilengkapi dengan panel paparan digital di bahagian tepi badan, yang boleh memaparkan informasi seperti tahap bateri, suhu serta kualiti udara apabila pemandu mendekati kenderaan tersebut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here