Home Automotive GTV Motor – jenama automotif pertama Kemboja; produksi kilang bermula tahun ini, 35k unit setahun

GTV Motor – jenama automotif pertama Kemboja; produksi kilang bermula tahun ini, 35k unit setahun

0
GTV Motor – jenama automotif pertama Kemboja; produksi kilang bermula tahun ini, 35k unit setahun

[ad_1]

GTV Motor – jenama automotif pertama Kemboja; produksi kilang bermula tahun ini, 35k unit setahun

Selepas Vietnam yang muncul dengan jenama Vinfast, satu lagi negara ASEAN iaitu Kemboja nampaknya turut bakal memperkenalkan jenama automotifnya sendiri menerusi syarikat yang dikenali sebagai GTV Motor. Menurut laporan Khmer Occasions, jenama tersebut bakal memulakan operasi pemasangannya tahun ini dengan lima mannequin yang didakwa akan dijual pada harga yang mampu milik.

Kilang berkenaan terletak di Daerah Kandal Steung, Wilayah Kandal dengan keluasan 100,000 meter persegi, dan dirancang bakal mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 35,000 unit kenderaan. Dalam laporan akhbar tersebut, GTV Motor turut menyatakan bahawa kilang itu akan dirasmikan dan memulakan produksinya pada “awal 2024”.

Menurut Khmer Occasions lagi, kilang produksi yang bernilai US$15.6 juta (RM73.8 juta) itu telah mendapat kelulusan awal dari majlis pembangunan Kemboja pada Jun 2022, dan didakwa telah mewujudkan sebanyak 738 pekerjaan. GTV Motor menyatakan bahawa unit-unit yang dipasang di kilang tersebut disasarkan untuk pasaran tempatan dan bukan untuk dieksport memandangkan permintaan dalam negara yang kini sedang meningkat naik.

Kilang tersebut juga akan menumpukan usaha pembangunan kenderaan jenama Kemboja sendiri, dan “bakal memberikan sumbangan bagi menyokong industri berat Kemboja, selari dengan pelan hala tuju Kerajaan Diraja untuk pembangunan sektor automotif dan elektronik di Kemboja,” kata CFO dan timbalan pengurus besar GTV Motor, Soy Benlyly.

Menerusi sumber yang diambil dari laman Fb GTV Motor Cambodia, jenama tersebut bakal menampilkan barisan mannequin yang terdiri dari beberapa mannequin SUV, dan juga MPV serta trak pikap.

Mannequin-model berkenaan adalah SUV Soben 1.5L dijual pada harga bermula US$19,999 (RM94,695), diikuti SUV Ceasar 1.5T berharga US$26,999 (RM127,840), trak pikap Krusar 2.0T berharga US$27,999 (RM132,575), MPV Soben-P berharga US$33,950 (RM160,753), SUV Kain 1.5T berharga US$34,950 (RM165,488) dan SUV Kain 2.0T berharga US$37,950 (RM179,693).

Dengan carian lebih lanjut di web, ke semua model-model berkenaan adalah versi rebadge dari pelbagai mannequin yang dikeluarkan oleh pelbagai jenama automotif China. SUV GTV Kain 1.5T dan Kain 2.0T misalnya, ia diasaskan dari SUV Kaiyi Kunlun (Kaiyi merupakan sub-jenama dari Chery yang mensasarkan pasaran golongan lebih muda), manakala trak pikap Krusar pula diasaskan dari VGV VX7 (VGV adalah sub-jenama dari pembuat trak China iaitu Sinotruk).

Laporan Khmer Occasions juga menyebut GTV Motor telah membuat pelaburan dalam pembangunan sumber manusia untuk sektor produksi automotif Kemboja, dengan mewujudkan Institut Penyelidikan Elektronik Automotif GTV (GTV AERI) di negara berkenaan sejak syarikat itu didaftarkan pada 2022.

Institut tersebut mempunyai pejabat-pejabat bersekutu di Jerman, China, Jepun dan Singapura, serta berhubung dengan Institut Politeknik Kebangsaan Kemboja untuk menyediakan latihan lanjutan bagi membangunkan golongan profesional dalam industri automotif Kemboja.

Pada Mac 2023, Khmer Occasions melaporkan bahawa GTV Motor merupakan salah satu daripada sembilan kilang pemasangan kenderaan yang diluluskan di Kemboja, dengan tiga daripadanya telah beroperasi iaitu kilang Hyundai di Koh Kong dan Daehan di Bavet Metropolis, serta Ford di wilayah Pursat. Syarikat lain yang turut telah diluluskan termasuk HGB Motor Meeting, EM Automotive, Toyota, dan China Matrix Know-how Group.

GALERI: SUV GTV Kain

GALERI: Trak pikap Double Cab Krusar

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here