7.1 C
New York
Friday, February 23, 2024

Jualan EV di UK lembab – aktor Mr. Bean, Rowan Atkinson dipersalahkan oleh aktivis alam sekitar


Jualan EV di UK lembab – aktor Mr. Bean, Rowan Atkinson dipersalahkan oleh aktivis alam sekitar

Badan pemikir alam sekitar dari United Kingdom, Inexperienced Alliance menyalahkan aktor inggeris yang widespread dengan watak Mr. Bean iaitu Rowan Atkinson sebagai salah satu sebab mengapa jualan kenderaan elektrik penuh (EV) di negara berkenaan lembab tahun lalu.

Menurut laporan Sky Information, perkara itu disebut oleh Inexperienced Alliance ketika berlangsungnya mesyuarat jawatankuasa alam sekitar dan perubahan iklim di Home of Lords awal minggu ini. Inexperienced Alliance mendakwa bahawa ulasan yang dibuat oleh Atkinson dalam akhbar The Guardian pada 3 Jun 2023 telah menyebabkan peralihan pengguna terhadap EV di UK menjadi perlahan.

Dalam ulasan yang dimaksudkan, Atkinson menulis bahawa “permotoran elektrik nampaknya bukan penawar untuk alam sekitar seperti yang didakwa.” Dalam penulisan yang sama beliau turut mengulas tentang kesan alam sekitar terhadap produksi EV, bahan api alternatif, kitaran hayat kereta serta menyifatkan “bulan madu kita dengan kereta elektrik akan berakhir.”

Seminggu selepas itu The Guardian telah menyiarkan satu lagi artikel yang ditulis oleh Simon Evans, timbalan editor dan editor polisi senior portal berita iklim Carbon Temporary, yang membalas dan menafikan dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh Atkinson dalam artikelnya.

Jualan EV di UK lembab – aktor Mr. Bean, Rowan Atkinson dipersalahkan oleh aktivis alam sekitar

Dalam mesyuarat itu, Inexperienced Alliance berkongsi pandangannya mengenai halangan utama yang dihadapi kerajaan UK dalam usahanya untuk menghentikan penjualan kereta petrol dan diesel secara berperingkat menjelang 2035, dan mendakwa, “salah satu artikel yang paling merosakkan ialah ulasan yang ditulis oleh Rowan Atkinson dalam The Guardian yang telah dinafikan secara terang-terangan.”

“Malangnya, semakan fakta yang didedahkan tidak mencapai khalayak yang sama dengan dakwaan palsu asal, menekankan keperluan untuk memastikan normal editorial yang tinggi di sekitar peralihan sifar bersih,” tambahnya. Antara isu yang dikemukakan oleh badan pemikir itu termasuk bilangan tempat mengecas EV yang tidak mencukupi, harga EV yang tinggi dan “kurangannya penjelasan dan mesej yang konsisten daripada kerajaan.”

Tahun lalu kerajaan UK mengumumkan bahawa larangan penjualan kereta petrol dan diesel baharu akan ditangguhkan ke 2035. Ia mendakwa perubahan itu adalah “pendekatan yang lebih pragmatik, berkadar dan realistik” yang “meringankan beban golongan pekerja.”

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles