Home Automotive Kenderaan menteri ekori ambulans: Nga Kor Ming sedia bekerjasama, polis rakam keterangan pemandu

Kenderaan menteri ekori ambulans: Nga Kor Ming sedia bekerjasama, polis rakam keterangan pemandu

0
Kenderaan menteri ekori ambulans: Nga Kor Ming sedia bekerjasama, polis rakam keterangan pemandu

[ad_1]

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sedia memberi kerjasama penuh berhubung siasatan isu kenderaan rasmi menteri yang dinaikinya dikatakan mengekori rapat ambulans yang dalam mod kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan pada 3 Februari lalu.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di laman Fb rasminya, beliau berkata, “Saya telah dimaklumkan laporan media berkaitan insiden kononnya kereta rasmi saya mengekori sebuah ambulans pada 3 Februari 2024 di Lebuhraya PLUS. Menurut laporan media yang ditularkan, kejadian ini berlaku ketika kemalangan jalanraya yang melibatkan tujuh buah kenderaan dan telah mengakibatkan berlakunya kesesakan jalan.

“Untuk makluman semua, hakikatnya perkara ini berlaku sewaktu saya sedang dalam perjalanan untuk menghadiri program rasmi di Ipoh, pemandu kenderaan rasmi saya telah sedar bahawa terdapat sebuah ambulans swasta mengekori kenderaan saya untuk ke lokasi kemalangan. Oleh itu, bagi memberi keutamaan kepada usaha penyelamatan, pemandu saya telah memberi laluan kepada ambulans tersebut.”

Tambah beliau, memandangkan keadaan jalan raya yang sesak, pemandunya terpaksa mengekori ambulan tersebut sementara mencari ruang untuk meneruskan perjalanan ke Ipoh setelah kereta ambulans sudah beredar.

Kenderaan menteri ekori ambulans: Nga Kor Ming sedia bekerjasama, polis rakam keterangan pemandu

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berniat untuk melanggari undang-undang dan sentiasa memberi keutamaan kepada usaha penyelamatan sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang. Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak yang berkuasa dan bersedia untuk membayar kompaun kesalahan bagi pemandu saya sekiranya beliau didapati bersalah,” tambahnya.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya sudah merakam keterangan pemandu kenderaan menteri terbabit. Katanya, siasatan awal mendapati lelaki itu memandu kenderaan terbabit ketika kejadian, dengan menteri turut ada bersama berikutan mereka dalam perjalanan ke Rumah Pangsa Jalan Silang di Ipoh.

Mohd Yusri berkata, selain pemandu itu, pihaknya turut akan memanggil beberapa saksi awam bagi membantu siasatan, serta mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) PLUS dan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) ambulans. Katanya, kes itu disiasat mengikut Peraturan 9 (2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here