Home Automotive Nissan dan GAC 2024 — Serena C28, Almera facelift, GAC GS3, Aion S Plus EV bakal diperkenal di M’sia?

Nissan dan GAC 2024 — Serena C28, Almera facelift, GAC GS3, Aion S Plus EV bakal diperkenal di M’sia?

0
Nissan dan GAC 2024 — Serena C28, Almera facelift, GAC GS3, Aion S Plus EV bakal diperkenal di M’sia?

[ad_1]

Nissan dan GAC 2024  — Serena C28, Almera <em>facelift</em>, GAC GS3, Aion S Plus EV bakal diperkenal di M’sia?

Tahun lalu, Nissan memperkenalkan beberapa mannequin baru untuk pasaran Malaysia, antaranya Leaf facelift pada bulan Mac. Begitu juga dengan beberapa edisi untuk Serena dan Navara, serta tiga kenderaan yang dibikin dan tunjuk ketika Tokyo Auto Salon KL.

Tiada pengenalan mannequin serba baru bagi Nissan untuk tahun lalu. Bagaimana dengan 2024? Berikut barisan mannequin yang boleh dijangka akan diperkenalkan oleh Edaran Tan Chong Motor (ETCM) di sini, tahun ini. Antaranya ialah mannequin Serena generasi keenam (C28) yang sudah dilihat diuji di sini. MPV berkenaan bakal menampilkan rekaan yang lebih segar dan moden, terutama untuk bahagian gril V-motion serta lampu utama bertingkat.

Bentuk berkotak masih kekal, dengan rekaan lampu belakang lebih tirus dan ruang dalaman dengan rekaan baru. Serena baru ini nanti akan menggunakan kluster instrumen digital dan skrin sentuh untuk sistem infotainmen di papan pemuka, berserta corong pendingin yang terselindung dengan suis kawalannya, pemilih gear (tiada lagi tuil gear) dan butang untuk fungsi lain.

Nissan dan GAC 2024  — Serena C28, Almera <em>facelift</em>, GAC GS3, Aion S Plus EV bakal diperkenal di M’sia?

Untuk janaan kuasa, Serena ini menggunakan enjin MR20DD 2.0 liter NA empat-silinder sebaris petrol, yang menghasilkan 150 PS (148 hp atau 110 kW) dan 200 Nm untuk mannequin C27 ketika ini. Enjin ini turut dilengkapi motor elektrik kecil yang menyediakan 2.6 PS (2.4 hp atau 1.8 kW) dan 48 Nm untuk lonjakan pecutan bila perlu, dengan sistem pacuan roda depan melalui transmisi Xtronic CVT.

Selain itu, jenama Guangzhou Car Group (GAC) yang turut dikendalikan di bawah anak syarikat ETCM juga dijangka akan memperkenalkan mannequin baru. Selepas GS3 generasi pertama yang tiba pada Disember 2021, pengedarnya Warisan Tan Chong Automotif (WTCA), mannequin generasi kedua GS3 pula di jangka akan diperkenalkan di sini, dan melalui pemasangan CKD di kilang Tan Chong Segambut. Pengeluarannya dijangka bermula pada April 2024, dan kilang berkenaan juga sudah disuntik dengan pelaburan RM60 juta untuk naik taraf bagi tujuan tersebut.

Program CKD ini akan disokong oleh rangkaian pengedar, dengan yang pertama yang akan menempatkan bilik pameran flagship di Petaling Jaya pada suku ketiga tahun ini. Selain GS3, mannequin Emkoo juga dijangka akan dipasang di sini pada masa hadapan.

Nissan dan GAC 2024  — Serena C28, Almera <em>facelift</em>, GAC GS3, Aion S Plus EV bakal diperkenal di M’sia?

Emkoo pertama kali dipertonton pada April 2022 dan mula dijual di China pada Ogos tahun yang sama, dengan dua pilihan enjin — turbocas dan petrol hibrid. Mempunyai dimensi 4,680 mm panjang, 1,901 mm lebar dan 1,670 mm tinggi, SUV ini hampir sama saiznya dengan Honda CR-V, walaupun mempunyai jarak antara roda yang lebih panjang dengan 2,750 mm (+49 mm).

Beberapa hari lalu juga telah disahkan bahawa WTCA telah dilantik sebagai pengedar tunggal eksklusif bagi barisan EV Aion oleh GAC. Aion S Plus mungkin jadi mannequin pertama yang diperkenalkan di sini. Sedan berkenaan, dalam saiz seperti Toyota Camry, telah diperkenalkan di China pada Jun 2021 dan memberikan jarak hingga 602 km (NEDC).

Ada mannequin yang menarik minat anda daripada Nissan dan GAC tahun ini?

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here