Home Automotive Perodua ‘Nexis’ D66B dan Toyota Yaris Cross dijangka bakal dilancarkan di Malaysia April ini – penganalisa

Perodua ‘Nexis’ D66B dan Toyota Yaris Cross dijangka bakal dilancarkan di Malaysia April ini – penganalisa

0
Perodua ‘Nexis’ D66B dan Toyota Yaris Cross dijangka bakal dilancarkan di Malaysia April ini – penganalisa

[ad_1]

Perodua ‘Nexis’ D66B dan Toyota Yaris Cross dijangka bakal dilancarkan di Malaysia April ini – penganalisa

Bayangan digital Perodua Nexis oleh Theophilus Chin

Bahagian penyelidikan Kenanga Funding Financial institution, Kenanga Analysis menjangkakan bahawa kembar SUV segmen-B yang bakal dijual oleh dua jenama iaitu Toyota Yaris Cross dan juga Perodua yang kini hanya dikenali dengan kod pembangunan D66B bakal dilancarkan di Malaysia pada April ini.

Perkara ini disebut oleh penganalisis Kenanga Analysis, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz dalam satu nota penyelidikan yang menyatakan bahawa Sime Darby Berhad bakal menguasai pasaran semua segmen automotif menerusi jenama Toyota untuk pasaran pertengahan, dan Perodua untuk pasaran mampu milik selepas pengambilalihan pegangan dalam UMW Holdings Bhd (UMW Holdings), berbanding hanya memegang pasaran lebih tinggi dengan jenama-jenama premium sebelum ini.

“Sime Darby berkemungkinan mendapat manfaat daripada pelancaran baharu Perodua D66B dan Toyota Yaris Cross yang dijangka diperkenalkan menjelang April ini,” kata Wan Mustaqim dalam nota berkenaan dan dipetik oleh laporan Berita Harian.

Walau bagaimanapun, sehingga kini Perodua dan Toyota masih belum memberikan sebarang perincian rasmi berkenaan SUV tersebut. Toyota Yaris Cross telah membuat kemunculan sulung globalnya di Indonesia pada Jun tahun lalu, dan ia merupakan SUV segmen-B yang dihasilkan dari platform Daihatsu New World Structure (DNGA), berbeza dari Yaris Cross pasaran Jepun dan Eropah yang dibina menggunakan platform TNGA.

Perodua ‘Nexis’ D66B dan Toyota Yaris Cross dijangka bakal dilancarkan di Malaysia April ini – penganalisa

Toyota Yaris Cross pasaran Thailand

Di Indonesia, varian asas Yaris Cross ditawarkan dengan enjin 1.5L NA yang sama boleh ditemui pada Alza, Myvi dan Toyota Vios. Manakala bagi mannequin tertinggi, SUV tersebut turut ditawarkan dalam versi 1.5L dengan sistem hibrid penuh. Manakala di Thailand, ia juga telah dilancarkan pada Oktober 2023 tetapi hanya ditawarkan dalam versi hibrid.

Menerusi beberapa petunjuk, Yaris Cross juga merupakan asas kepada SUV D66B yang sedang dibangunkan oleh Perodua buat masa sekarang. Walaupun masih belum ada sebarang pengumuman rasmi dari Perodua, SUV tersebut sudahpun mula digelar sebagai ‘Perodua Nexis‘ oleh pelbagai pihak kerana nama tersebut telah didaftarkan oleh Perodua di MyIPO.

Berbanding Ativa yang dihasilkan dengan saiz hampir kepada segmen-A, D66B pula adalah SUV segmen-B penuh yang akan berhadapan dengan mannequin seperti Honda HR-V, dan paling penting ia adalah jawapan Perodua kepada Proton X50. D66B ini juga dijangka bakal menjadi mannequin hibrid pertama akan ditawarkan oleh Perodua, sejajar dengan sasaran Perodua sebelum ini yang mengumumkan bahawa mannequin hibrid pertamanya akan muncul pada 2024.

GALERI: Toyota Yaris Cross pasaran Indonesia

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here