Home Automotive Raub Bypass di Lingkaran Tengah Utama akan dibuka mulai 12.01 tengahmalam ini – laluan sepanjang 6.4 km

Raub Bypass di Lingkaran Tengah Utama akan dibuka mulai 12.01 tengahmalam ini – laluan sepanjang 6.4 km

0
Raub Bypass di Lingkaran Tengah Utama akan dibuka mulai 12.01 tengahmalam ini – laluan sepanjang 6.4 km

[ad_1]

Raub Bypass di Lingkaran Tengah Utama akan dibuka mulai 12.01 tengahmalam ini – laluan sepanjang 6.4 km

Jika anda ingin ke Pantai Timur atau pun datang dari arah sana, kini anda boleh memendekkan tempoh perjalanan kira-kira 30 minit dengan melalui Seksyen 5A: Raub ByPass di Lebuhraya Tengah Utama (LTU) yang akan dibuka secara rasmi mulai 12.01 tengah malam ini, 8 Mac 2024.

Di mana dengan menggunakan laluan ini, anda tidak lagi perlu melalui Bandar Bentong dan Bandar Raub terutama ketika waktu puncak, musim perayaan dan cuti umum.

Pelancaran sebahagian Seksyen 5A: Raub ByPass sepanjang 6.4 kilometer ini telah disempurnakan oleh Dato Sri Alexander Nanta Linggi selaku Menteri Kerja Raya bersama Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. LTU sebelum ini dikenali sebagai Projek Central Backbone Highway (CSR).

Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), pembukaan jajaran ini akan memberi manfaat kepada pengguna jalanraya dengan memendekkan masa perjalanan dari Leburaya Pantai Timur ke Kuala Lipis, Pahang tanpa perlu melalui Bandar Bentong dan Raub dengan jarak perjalanan sepanjang 45.3 km.

“Jarak ini mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja dan pastinya menjadi laluan pilihan yang penting dan menjimatkan dari segi masa dan kos perjalanan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi,” kata KKR menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Panjang Seksyen 5A: Raub ByPass ini adalah 9.6 km keseluruhannya dan dengan pembukaan 6.4 km pada hari ini serta 600 meter yang telah dibuka pada 25 Jun 2023 lalu, menjadikan jumlah jajaran yang telah dibuka adalah sepanjang 7 km.

Baki sepanjang 2.6 km dijadualkan akan disiapkan pada Jun 2024. Kerja-kerja pembinaan Seksyen 5A ini bermula pada 13 Jun 2019 dengan melibatkan kos berjumlah RM 252.5 juta dengan skop kerja utama ialah membina jalan baharu empat lorong dua hala (twin carriageway) dengan reka bentuk menepati piawaian JKR R5.

Raub Bypass di Lingkaran Tengah Utama akan dibuka mulai 12.01 tengahmalam ini – laluan sepanjang 6.4 km

Projek LTU merupakan sebuah projek KKR membina jalan baharu dan menaiktaraf jalan sedia ada kepada empat lorong dua hala sepanjang hampir 299.4 km dari Kuala Krai, Kelantan ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Bentong, Pahang.

Jajaran LTU di Pahang melibatkan empat pakej utama iaitu Pakej 3 sehingga Pakej 6 sepanjang 169.10 km dan dipecahkan kepada 16 seksyen. Sembilan seksyen sepanjang 106.85 km telah siap mengikut masa dan tujuh lagi seksyen sepanjang 62.25 km sedang dalam pembinaan.

Terdahulu, Seksyen 5C dan 5D bermula dari Jalan Susur Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak melalui Persimpangan Benus, Bulatan Mempaga dan berakhir di Persimpangan Keruntung sepanjang 22.3 km telah dibuka kepada pengguna jalan raya pada 5 Oktober 2021 dan diwartakan sebagai Laluan Persekutuan 34 (Lingkaran Tengah Utama). Manakala Seksyen 5B: Kg. Orang Asli Sg. Chandan Ke Kg. Asap sepanjang 16 km dan sebahagian Seksyen 5A (Persimpangan Krau, Raub) sepanjang 600 m pula telah dibuka pada 25 Jun 2023.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here