Home Automotive Selangor akan memperluaskan penggunaan garisan jalan ‘glow in the dead of night’ di 15 lokasi di negeri itu

Selangor akan memperluaskan penggunaan garisan jalan ‘glow in the dead of night’ di 15 lokasi di negeri itu

0
Selangor akan memperluaskan penggunaan garisan jalan ‘glow in the dead of night’ di 15 lokasi di negeri itu

[ad_1]

Selangor akan memperluaskan penggunaan garisan jalan ‘glow in the dark’ di 15 lokasi di negeri itu

Kerajaan Selangor bakal memperluaskan lagi penggunaan garisan bercahaya dalam gelap atau glow in the dead of night untuk 15 lokasi lain di antara sembilan daerah di negeri tersebut. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian negeri Izham Hashim, inisiatif itu akan meliputi kira-kira 15 km jalan raya di daerah seperti Sepang, Kuala Langat dan Petaling.

Menerusi perkongsian dalam Fb rasminya, Izham berkata garisan jalan glow in the dead of night yang akan dicat di jalan raya tanpa lampu jalan akan dilaksanakan secara berperingkat. Walaupun tiada tempoh masa untuk projek itu, beliau berkata inisiatif itu dijangka bakal menelan kos kira-kira RM900,000 untuk dilaksanakan.

Katanya, inisiatif itu selaras dengan program ‘Selangor Bercahaya’ yang sehingga kini menyaksikan pemasangan 600 lampu jalan LED di seluruh Selangor. Tambahnya, RM150 juta diperuntukkan untuk tambahan lampu jalan LED yang akan dipasang pada tahun ini.

Pada November tahun lalu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat telah melaksanakan projek rintis penandaan cat garisan jalan glow in the dead of night di persimpangan Jalan Sungai Lalang, Semenyih. Ia merupakan lokasi penandaan cat jalan glow in the dead of night yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Di mana projek rintis itu dilaksanakan sepanjang 245 meter dengan panjang cat jalan 490 meter. Ia didapati sesuai untuk kawasan laluan gelap yang tiada lampu jalan dan salah satu alternatif melibatkan penggunaan ‘highway stud/mata kucing’.

Namun, kosnya sangat tinggi berbanding kaedah penandaan jalan konvensional. Pada Januari lalu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata cat garisan jalan bercahaya itu berharga RM749 semeter persegi berbanding RM40 semeter persegi untuk cat garisan jalan konvensional.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here