7.1 C
New York
Friday, February 23, 2024

Slip pembaharuan lesen memandu JPJ tidak sah untuk negara luar – RM20 untuk kad, soalan lazim lain di sini


Slip pembaharuan lesen memandu JPJ tidak sah untuk negara luar – RM20 untuk kad, soalan lazim lain di sini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan senarai soalan lazim (FAQ) yang berkenaan dengan slip pembaharuan lesen memandu (LMM) baru yang diperkenalkan di Malaysia. Slip ini dikeluarkan untuk mereka yang masih lagi mahukan salinan fizikal dan bukan sekadar membaharuinya secara digital sahaja (akan terpapar dalam aplikasi MyJPJ).

Perlu diingat slip pembaharuan LMM ini tidak menggantikan kad plastik yang kita ada sebelum ini. Sebaliknya, ia digunakan sebagai dokumen sokongan yang perlu anda kemukakan kepada pihak berkuasa bersama kad lesen memandu plastik tersebut apabila diminta. Jika anda memilih cuma untuk melakukan pembaharuan digital (e-LLM), anda cuma perlu tunjukkan paparan dalam aplikasi MyJPJ.

Slip pembaharuan LMM ini disediakan untuk semua pemegang lesen memandu Malaysia yang sah, dan boleh didapati di kaunter JPJ ataupun ejen seperti Pos Malaysia dan MyEG. Anda juga boleh memperbaharui LMM melalui laman mySIKAP, tetapi perlu ingat untuk menandakan pilihan slip pembaharuan.

Slip pembaharuan lesen memandu JPJ tidak sah untuk negara luar – RM20 untuk kad, soalan lazim lain di sini

Tiada bayaran tambahan jika anda mahukan slip ini, kerana kosnya sudah dimasukkan sekali dalam jumlah yang anda bayar untuk pembaharuan LMM. Walaubagaimanapun, jika slip tersebut hilang atau rosak, anda perlu membayar RM20 untuk mendapatkan salinan baru. Perlu diketahui juga, slip pembaharuan LMM ini tidak melibatkan lesen vokasional dan cuma untuk lesen memandu kompeten (CDL) sahaja.

Informasi yang boleh dilihat pada slip pembaharuan LMM ini adalah termasuk, nama, nombor kad pengenalan, kelas lesen, tarikh tamat tempoh serta nombor siri lesen memandu. Semua informasi ini dikemas kini secara terus dalam sistem JPJ dan terpapar di dalam aplikasi MyJPJ.

JPJ turut menyatakan dengan jelas bahawa slip pembaharuan LMM ini hanya boleh digunakan di Malaysia dan tidak sah di negara luar. Jika anda mahu memandu di negara lain, anda perlu pergi ke kaunter JPJ untuk mendapatkan kad fizikal dan bayar RM20. Sama juga dengan e-LLM, ia tidak boleh digunakan di negara luar dan anda perlu mendapatkan kad fizikal dari JPJ.

Untuk mendapatkannya, anda perlu mengemukakan bukti atau dokumen sokongan untuk urusan luar negara tersebut, seperti tiket perjalanan, surat tawaran, passport atau dokumen lain. Ada negara tertentu juga memerlukan allow memandu antarabangsa (IDP), yang mana kalau anda memerlukannya, terdapat bayaran tambahan lain.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles