Home Automotive Toyota Corolla Cross 2024 – 1.8L petrol, hibrid; pemuka digital, CarPlay, Android Auto tanpa wayar

Toyota Corolla Cross 2024 – 1.8L petrol, hibrid; pemuka digital, CarPlay, Android Auto tanpa wayar

0
Toyota Corolla Cross 2024 – 1.8L petrol, hibrid; pemuka digital, CarPlay, Android Auto tanpa wayar

[ad_1]

Toyota Corolla Cross 2024 – 1.8L petrol, hibrid; pemuka digital, CarPlay, Android Auto tanpa wayar

Toyota Corolla Cross facelift telah pun diperkenalkan di Thailand dengan kehadiran empat varian, selepas tiga tahun ia membuat penampilan peringkat international.

Untuk pasaran Thai, empat varian ditawarkan, dengan satunya versi enjin pembakaran dalaman (ICE) dan tiga varian hibrid; 1.8L Sport Plus dengan harga 999,000 THB (RM133,093), HEV Premium berharga 1,094,000 THB (RM145,749), HEV Premium Luxurious pula berharga 1,204,000 THB (RM160,404) dan 1,254,000 THB (RM167,065) untuk HEV GR Sport.

Peningkatan visible bagi Corolla Cross ini hampir sama dengan pasaran lain, termasuk melibatkan lampu utama LED penuh yang direka semula, seperti yang ditampilkan pada mannequin pasaran Jepun dan Eropah. Ternyata penampilannya kini lenih agresif.

Selain itu, wajahnya pula diberi suntikan lebih segar dengan menampilkan gril atas yang lebih nipis dengan paten honeycomb di bawah, disepadukan ke seksyen tengah, corong yang disambung ke lampu kabus hingga ke seksyen bawah.

Rekaan lampu hadapan baharu bagi versi Corolla Cross yang dipasarkan di negara lain turut menampilkan lampu membelok sequential. Ciri lain yang dibrikan termasuk bumbung suria panoramik dan tailgate kuasa dengan pengesan tendangan. Lampu belakang diberikan rekaan baharu bersama unit LED.

Varian HEV Premium dan ke atas menerima roda aloi dua-tona 18-inci dengan tayar 225/50R18, sementara GR Sport pula dengan saiz roda yang sama, tetapi rekaan roda aloi yang berbeza.

Toyota Corolla Cross 2024 – 1.8L petrol, hibrid; pemuka digital, CarPlay, Android Auto tanpa wayar

Dibangunkan dengan platform TNGA, Corolla Cross facelift ini masih menggunakan penjana kuasa yang sama iaitu unit 2ZR-FE 1.8 liter naturally-aspirated empat-silinder dengan 139 PS (140 hp)/172 Nm bagi varian 1.8 Sport Plus. Semantara tiga varian hibrid dengan versi enjin kitaran-Atkinson bersama dua motor elektrik dan bateri nickel-metal hydride yang mampu memberikan keseluruhan kuasa mencecah 122 PS.

Untuk kelengkapan keselamatan aktif, varian asas 1.8 Sport Plus menerima pemantauan titik buta dan kepekaan trafik lintasan belakang (RCTA), sementara varian HEV Luxurious diberikan sistem Toyota Security Sense yang merangkumi pre-collision AEB, all-speed dynamic radar cruise management dengan fungsi cease and go, lane departure warning, lane tracing help dan lampu tinggi automatik. Bagi HEV Premium Luxurious dan HEV GR Sport, ditambah dengan fungsi brek sokongan parkir.

Lain-lain ciri keselamatan aktif termasuk kawalan kestabilan, kawalan cengkaman, ABS, EBD, bantuan brek, bantuan mula mendaki dan pemantauan tekanan tayar, serta tujuh beg udara.

Kelengkapan dalaman turut diberikan peningkatan, temasuklah kini ia menerima brek parkir elektrik, menggantikan ciri mekanikal kendalian kaki yang ada pada mannequin pre-facelift, sekaligus menambah fungsi penahan brek automatik. Selain itu, instrmentasi pemandu bagi varian HEV Premium kini dipertingkatkan dengan paparan digital-penuh 12.3-inci, dan kesemua varian juga menerima unit skrin sesentuh 10.1-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Upholstery bagi Corolla Cross facelift kini ditawarkan dalam rona hitam atau Darkish Rose (merah). Pencahayaan kabin juga menerima unit LED, dan dua varian tertinggi diberikan pengecas peranti tanpa wayar dan juga bumbung suria panoramik.

Di Thailand, Toyota Corolla Cross 2024 ditawarkan dengan pilihan warna Celestile Grey Metallic, Metallic Stream Metallic, Platinum White Pearl, Angle Black Mica dengan tambahan Cement Grey Metallic bagi luaran. Manakala varian tertinggi HEV GR Sport diberikan pilihan Platinum White Pearl dengan bumbung hitam, Crimson Mica Metallic dengan bumbung hitam dan Angle Black Mica.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here